Feb 7, 2010

,,,Multimedia Assignment,,,


POSTER 1

Pada minggu lepas kami ditugaskan untuk menyiapkan 1 kerja kursus multimedia. Pensyarah kitaorang suruh kitaorang buat poster dan temanya bebas. Penat jugak la nak fikir apa tema untuk poster ini. Biasalah tiada pengalaman di tambah plak dengan tiada idea. Akhirnya nik rasa nak buat gmbar ni.

Tema :

Poster ini bertemakan alam atau lebih bencana alam yang bakal berlaku pada dunia kita sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik. Semakin lama bumi kita semakin sakit. Tanah yang lapang mula dipenuhi dengan kawasan pembuangan sampah. Mungkin kita tidak merasa efeknya sekarang tetapi mungkin 50 tahun akan datang tanah yang lapang tempat kita bermain akan dipenuhi oleh sampah sarap. Generasi masa hadapan mungkin tak dapat merasai udara sesegar yang kita rasai pada hari ini. Jika kita sayangkan anak cucu kita pada masa hadapan jagalah bumi ini dengan sebaiknya. Jangan cemarinya.

Gambar yang digunakan:

~ sampah~

~baby~

Teknik:

  1. Mestilah menggunakan adobe photoshop cs4
  2. Cari gambar baby dan gambar sampah di google
  3. Duplicate layer yang digunakan untuk memudahkan proses mengedit
  4. Pada layer 'sampah' tekan select lepas itu tekan 'all layer'
  5. Tekan tool edit dan tekan 'copy'
  6. Pada layer 'baby' cari 'magic wand tool' lepas tekan shift magic wand tool dan pilih mana-mana tempat yang kita xnak. Fokus pada gambar 'baby' sahaja
  7. Tekan tool 'edit' dan tekan 'paste into'
  8. Tekan pada tool 'image' dan tekan adjustment
  9. Pada adjustment guna 'colour balance' dan 'exposure'
  10. Save gambar anda

POSTER 2

Sebenarnya ktaorang kena buat 1 poster sahaja. Tapi rasa macam tak puas hati plak sebab macam tiada motif dan tak berapa original. Sebagai tambahan nik buat 1 lagi poster yang macam kanak-kanak ribena ni. Tetiba rasa macam tak matang. hahahaha... Tapi agak comel kan.

Tema:

Poster ini bertemakan 'Bersamalah kita menjaga kebersihan'. Apa gunanya diciptakan tong sampah kalau kita tak guna dan membuang sampah merata-rata. Tak la sakit mata memandang bila tengok sampah yang tak berapa lawa di sekitar kawasan kitakalau sampah itu diletakkan di tempat yang sepatutnya. Mesej ini ditujukan kepada semua peringkat umur. Kadang orang yang lebih dewasa memulakan amalan yang tidak sihat dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada generasi muda. Jadi, mulai dari detik ini bersama-samalah kita menjaga kebersihan supaya persekitaran kita lebih cantik dan bersih.

Gambar yang digunakan:


~matahari~

~tong sampah~
~papan tanda~
~puteri rapunzel~

Teknik:


  1. Mestilah menggunakan software Adobe Photoshop CS4
  2. Sediakan gambar-gambar di atas
  3. Crop gambar-gambar di atas dan letakkan di atas new layer yang kosong dan berwarna putih
  4. Di atas layer tersebut ambil brush dan setkan diameter yang sesuai
  5. Gunakan warna biru untuk langit dan coklat untuk mewakili tanah
  6. Gunakan pensil tools untuk melukis gambar awan dan warnakan menggunakan brush tool
  7. Letakkan gambar-gambar yang di crop tadi di tempat yang sesuai
  8. Gunakan fx di setiap layer untuk mengemaskan lagi dan menutup kawasan crop yang tidak sempurna
  9. Tekan imej- adjustment dan gunakan colour balance untuk melengkapkannya
  10. Gunakan juga contrast
  11. Save gambar anda

1 comments:

my_rules said...

simple but have a messej in poster
good~~~~

Post a Comment